Berjiwa Dan Berfikir Besar
Perkataan yang berjiwa dan berfikir besar selalunya agak mengelirukan.Ini kerana kita tidak dapat melihat bagaimana besarnya jiwa dan fikiran seorang dengan mata kasar sahaja.Ada sesetengah orang memilikji tubuh yang kecil sahaja tapi tertanam jiwa dan fikiran besar pada dirinya.Ada kalanya seorang yang bertubuh besar dan kelihatan berkeyakinan sebenarnya memiliki jiwa yang kecil.BerJiwa dan fikiran besar adalah komponen dalaman dalam membina diri yang menarik diri seseorang.Ia membawa kesan yang besar kepada seorang hanya kerana perbezaan bagaimana dia melihat sesuatu terutama diri mereka sendiri.
Tiada individu berdiri yang menrik yang berjiwa besar dan berfikiran kecil.Sebelum mereka membina keupayaan dalam meningkatkan kemahiran lain,berjiwa dan berfikiran besar menjadi kubu utama dalam diri.Mereka tidak berkata yang dia erjiwa dan berfikir besar,namun tingkah laku,gayanya dan kata-katanya cukup bagi mengenal sesorang itu sudah membina konsep diri yang kuat mengenai dirinya sendiri.Individu dan seorang membina diri menarik bermula dengan membina konsep diri yang positif.Ia mambawa unsur-unsur kemenangan dalam diri mereka.Mereka mungkin bukan seorang pemenang,tetapi mereka memiliki tabiat dan sikap yang membolehkan mereka menjadi pemenang.Mereka mempunyai kunci dan rahsia utama bagaimana mereka melihat diri mereka sendiri.Jadikanlah diri kita Berjiwa Dan Berfikir Besar.










melawat sini jap.. rain garden
Selamat Melawat