HiDup BaHaGia & KaYa

Dengan Terapi Energi Metafizik & Kuasa Cipta

Check out website for sale on Flippa -

Facebook
RSS

Keajaiban Solat Rawatib

Dec - 3 - 2011
Master

Solat Rawatib

Solat Rawatib

Solat Rawatib

TerapiEnergi.com amat tertarik dengan perkongsian dari artikel yang dipaparkan oleh Variasi Jumaat,Harian Metro.Semoga perkongsian Solat Rawatib ini menambahkan lagi energi kita untuk menjadi seorang yang super-duper hebat didunia ini dan menyimpan sebanyak-banyak kebaikan untuk bekalan di hari kebangkitan pada hari kiamat kelak.Sekirannya kita sanggup lakukan dan contohi segala persembahan orang yang kaya,berjaya atau yang unggul dalam kehidupan dan kejayaan dari kalangan umat Rasullullah,mengapa tidak kita mencontohi amalan dan sunnah Rasullullah sendiri dan meyakini tanpa halangan segala janji Allah S.A.W kepada semua hamba hambanya.Semoga kita mendapat petunjuk dan rahmat dari Allah dari apa yang ingin saya kongsikan dan bukanlah tujuan saya untuk memberi tunjuk ajar pada kamu,tetapi perkongsian ini buat peringatan untuk diri saya sendiri dan sebagai pembacaan untuk anak anak saya dimasa akan datang.

Umat Islam digalak sembahyang sunat untuk tampung kekurangan dalam ibadah wajib.Umat Islam diwajibkan mendirikan solat sebanyak lima kali sehari semalam.Selain solat wajib lima waktu,sebagai hamba Allah,kita dituntut memperbanyakkan amalan solat sunat khususnya solat rawatib.

Solat rawatib adalah solat sunat sebelum atau selepas solat wajib.Kita digalakkan mengamalkan solat sunat rawatib,iaitu solat sunat yang menyertai solat wajib dengan tujuan melengkapkan segala kekurangan yang mungkin terjadi semasa mendirikan solat wajib.

Selain itu,solat sunat itu banyak keutamaan yang tidak terdapat didalam ibadah lain.Kita dapat analoginya seperti gam yang mampu menampal sesuatu benda yang bocor atau berlubang sehingga semuanya kembali baik seperti sediakala sempurna dan cantik.

Dalam sebuah hadis “Sesungguhnya perkara pertama yang akan dihitung dari amal perbuatan manusia pada hari kiamat adalah solat.”,Hadis Abu Hurairah.Allah S.W.T akan berfirman pada malaikatnya,”Wahai malaikatku,periksalah solat hambaku,sudahkah sempurna solatnya atau masih kurang?.Apabila didapati sudah sempurna,akan dicatat sempurna,akan tetapi apabila didapati kurang sempurna,Allah berfirman,”periksa kembali,apakah hambaku itu memiliki amalan solat sunat.Apabila didapati bahawa dia memiliki amalan solat sunat,maka cukupkan dan sempurnakan solat fardu hambaku itu oleh solat sunatnya.Kemudian amalan hambaku dikira menurut cara ini.(Hadis riwayat Abu Daud).

Jelas disini bahawa mengamalkan solat sunat rawatib adalah amalan yang sangat penting bagi kita bagi menampung kekurangan dari melaksanakan solat fardu lima kali sehari semalam.Janganlah kita asyik tekun menunaikan solat wajib sehingga mengabaikan langsung dan liat untuk mengamalkan solat sunat rawatib.Menunaikan solat sunat rawatan itu digalakkan lakukan didalam rumah berbanding dimasjid.Menurut Imam An-Nabawi,menunaikan solat sunat itu digalakkan lakukan dirumah sahaja bagi mengelakkan timbul rasa riak yang akan mebatalkan kebaikan amalan itu.Hal ini juga akan menimbulkan cahaya rahmat Allah ke atas ahli keluarga di dalam rumah.Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud,”Apabila salah seorang dari kalian sentiasa mengerjakan solat fardu di masjid,hendaklah ia memberikan bahagian di rumahnya dari solatnya,supaya Allah melimpahkan pula kebaikan atas rumah itu.”(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim).Demikian juga Rasullulah s.a.w berpesan,”Jadikanlah sebahagian solat kamu dapat dikerjakan di rumah dan jangan kamu menjadikannya seakan kubur sebagai tempat tidur belaka,”(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim).Justeru,melalui dua hadis ini,jelas amalan solat sunat begitu ditekankan Rasullullah s..a.w.Dalam kesibukan macam mana sekalipun,berusahalah melakukan sunah rasullullah itu.

Pentingnya solat sunat sehingga Rasullullah s.a.w ada meninggalkan wasiatnya;”Jangan engkau tinggalkan kedua dua rakaat sunat subuh itu,meskipun engkau dikejar oleh tentera berkuda;(hadis riawayat Abu Daud & Al-Baihaqi).Namu melihatkan keadaan dunia sekarang seakan manusia tidak pernah cukup waktu untuk mendirikan solat sunat yang hanya sekitar tiga hingga lima minit sahaja! Mengapakah perkara ini terjadi?

Ini kerana jiwa terlalu terpaut dengan tuntutan duniawi sehingga ukhrawi tidak dimantapkan.Satu lagi peringatan Rasullullah terhadap solat khususnya solat sunat Subuh.Aisyah pernah mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda;’Kedua dua rakaat sunat subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.”(hadis direkodkan oleh Ahmad,Muslim,At-Tirmidzi dan An-Nasai).Maksud pesanan nabi s.a.w lebih baik daripada dunia dan segala isinya itu ialah keberkatan dan ganjaran pahalanya buat pengamal solat sunat subuh.Inilah keajaiban solat sunat dan kita seharusnya merebut pahala dan berusaha mengamit cahaya kebaikan daripada-Nya.Pujuk dan rayu diri dengan meleburkan sikap malas kepada gerak hati yang terdorong untuk mendirikan amalan solat sunat itu.

Imam Ahmad dan Muslim ada meriwayatkan daripada Aisyah yang mengatakan,’Saya tidak pernah melihat Rasullullah s.a.w begitu rajin dan cepatnya mengerjakan sesuatu kebaikan,sebagaimana rajinnya Baginda melakukan dua rakaat sunat sebelum subuh.’Dengan ini saya menasihatkan untuk diri saya sendiri dan juga agar perkongsian ini amat bermanfaat bagi kita semua agar bersama-sama berikhtiar mangajak diri,anak anak dan saudara agar mencintai Solat Rawatib serta sunnah rasullullah.Bukan mudah untuk melakukan segala sunnah Rasullullah walaupun ianya hanya mengambil masa yang sedikit tetapi mulalah simpan niat dalam hati agar kita semua dapat melakukan dan melaksanakan apa jua sunnah Rasullullah,semoga kita semua mendapat keberkatan hidup didunia ini dan agar diberi syafaat diakhirat kelak.Sekiranya hidup didunia ini DUIT itu penting untuk menjadikan kehidupan kita sempurna tetapi SOLAT itu terlalu penting sebagai JAMINAN segala amalan kita diterima dan ditempatkan ke dalam Syurga Allah.

Solat Rawatib

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ingat ALLAH setiap MASA!


Ebook Motivasi Kebah

Kebahagiaan Kejayaan Dan Kekayaan Alhamdulliah dengan izin Allah,segala perancangan dan kemudahan ...

Kelebihan Surah Al-F

Kelebihan Surah Al-Fatehah Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, ...

Termakbulkah Doaku?

Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha ...

Kunci Kejayaan Minda

Kunci Kejayaan Minda Hari ini saya ingin berkongi dengan kamu cara ...

Keajaiban Solat Rawa

Solat Rawatib Solat Rawatib TerapiEnergi.com amat tertarik dengan perkongsian dari artikel yang ...

Berjiwa Dan Berfikir

Berjiwa Dan Berfikir Besar Perkataan yang berjiwa dan berfikir besar selalunya ...