HiDup BaHaGia & KaYa

Dengan Terapi Energi Metafizik & Kuasa Cipta

Check out website for sale on Flippa -

Facebook
RSS

Kunci Kejayaan Minda

Dec - 8 - 2011
Master

Kunci Kejayaan Minda

Hari ini saya ingin berkongi dengan kamu cara yang paling mudah dan yang “bestnya ianya percuma”,bagaimana cara untuk melatih minda agar impian dan cita cita kamu menjadi mudah dan cepat tercapai.Melalui latihan ini secara berterusan ianya pasti mendatangkan hasil yang sangat positif dan memberi energi yang sangat luar biasa kepada pengamalnya.Oh ya,rahsia ini bukan ilmu hitam atau pun magik,latihan ini saya namakan latihan kunci kejayaan minda.Latihan ini juga adalah rahsia yang tersembunyi yang jarang sekali dikongsikan dari mereka yang telah berjaya kerana beranggapan ianya adalah rahsia untuk diri mereka sahaja.Tetapi bagi saya,segala kejayaan itu perlu dikongsikan bersama kepada mereka yang sangat memerlukan,lebih lebih lagi bagi mereka yang kurang berkemampuan dari segi kewangan untuk melatih diri menghadiri seminar kejayaan atau pun motivasi diri yang boleh membentuk perubahan keperibadian dan cara mereka berfikir serta bertindak.Dan yang paling penting,apa pun yang kita ada,ianya hanya pinjaman dari Allah yang maha Pemurah.

Cuba kamu lihat gambar dibawah ini dengan tenang dan fokus.Apa jawapan yang terlintas di fikiran kamu?,pasti berbagai jawapan yang hadir dari fikiran sesiapa sahaja yang melihatnya.Inilah antara rahsia kunci kejayaan minda yang ingin saya kongsikan.Caranya amat mudah dan senang,kamu perlu mencipta apa kejayaan dan impian yang ingin dicapai dalam hidup dan latih minda untuk melihat gambaran yang dicipta setiap hari dan lahirkan serta bangkitkan perasaan yang hebat dalam diri kamu agar perkara itu pasti hadir dalam hidup.Bagaimana perkara itu boleh terjadi,jangan kamu peningkan kepala untuk memikirkannya.Biarkan minda kamu yang bekerja bagi merealisasikan kejayaan tersebut.

Kunci Kejayaan Minda

Jika lihat pada gambar tersebut,terdapat ada perbezaan jelasan warna yang ditunjukkan.Ini kerana itulah gambaran sebenar yang berlaku pada kehidupan kita seharian.Semua orang mempunyai impian yang hebat,tetapi tidak ramai yang mempunyai kuasa minda yang cemerlang dan terbilang.Perlu ditekankan,segala kejayaan yang dikecapi itu datangnya dari minda dan untuk menjadikan minda kamu cemerlang,ianya perlu di latih dan di asah dengan pembelajaran yang betul dan sistematik agar minda kamu tidak menerima input yang salah.Gambaran yang saya kongsikan ini bertujuan bagaimana cara untuk merealisasikan impian agar mendapat pendapatan sebanyak RM10,000 sebulan.Jika dilihat gambaran tersebut,terdapat perbezaan warna dan jarak diantara jumlah tersebut.Latihlah minda agar melihat dan merealisasikan gambaran yang sangat jelas bagi memastikan impian dan cita cita itu tercapai dengan mudah dan menggunakan kunci kejayaan minda yang betul agar minda kamu sentiasa berada dalam keadaan yang sangat baik dan HEBAT.Inilah Rahsia Kunci Kejayaan Minda.

Latihan ini kamu mesti lakukan selalu agar minda kamu dapat membaca dan menerima isyarat dengan jelas dan tepat bagi menyalurkan isyarat itu kepada anggota badan kamu yang lain untuk bekerjasama mencapai impian tersebut.Cubalah lukiskan gambaran apa yang anda impikan dan latihlah minda kamu untuk menerima gambaran tersebut dengan tepat.Kenapa perlu melukis gambar atau objek untuk melatih minda?,ini kerana impian anda tidak mungkin dicapai tanpa gambaran yang jelas dan kerjasama yang hebat dari semua anggota badan.Cubalah mulai hari ini dan jangan lupa kongsikan dengan saya apa hasil yang anda perolehi setelah melakukan latihan Kunci Kejayaan Minda ini.Pastikan Minda kamu memilih gambaran yang jelas,jangan simpan memori gambaran yang samar samar atau yang kurang tepat.Jangan tunggu lagi,kamu perolehi rahsia ini tanpa sebarang bayaran.Saya doakan agar kamu berjaya dalam apa jua yang di impikan.

Kunci Kejayaan Minda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ingat ALLAH setiap MASA!


Ebook Motivasi Kebah

Kebahagiaan Kejayaan Dan Kekayaan Alhamdulliah dengan izin Allah,segala perancangan dan kemudahan ...

Kelebihan Surah Al-F

Kelebihan Surah Al-Fatehah Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, ...

Termakbulkah Doaku?

Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha ...

Kunci Kejayaan Minda

Kunci Kejayaan Minda Hari ini saya ingin berkongi dengan kamu cara ...

Keajaiban Solat Rawa

Solat Rawatib Solat Rawatib TerapiEnergi.com amat tertarik dengan perkongsian dari artikel yang ...

Berjiwa Dan Berfikir

Berjiwa Dan Berfikir Besar Perkataan yang berjiwa dan berfikir besar selalunya ...