HiDup BaHaGia & KaYa

Dengan Terapi Energi Metafizik & Kuasa Cipta

Check out website for sale on Flippa -

Facebook
RSS

Rahsia Seri Wajah Memukau

Nov - 4 - 2011
Master

Seri Wajah

Rahsia Seri Wajah,Semua orang inginkan wajah mereka berseri apabila dipandang oleh orang ramai mahupun kenalan.Wajah yang berseri juga merupakan aset penting bagi mereka yang sentiasa berhubung dengan pelanggan setiap hari.Sekiranya wajah yang tidak kelihatan seri dan tidak ada daya penarik,itu sedikit sebanyak akan menyebabkan kurangnya perhatian orang terhadap diri orang tersebut dan bagi empunya diri pula terasa seperti kurangnya keyakinan diri terhadap diri sendiri.

Berbagai cara dan usaha yang dilakukan setiap orang untuk mendapatkan dan menjadikan wajah mereka kelihatan berseri.Terpulanglah pada pemikiran dan cara yang dilakukan,asalkan cara tersebut tidak melanggar hukum ALLAH dan adanya berlaku perbuatan syirik.Kami ingin berkongsi dengan anda cara dan rahsia yang disembunyikan oleh kebanyakkan orang pandai bagaimana mendapatkan dan menaikkan seri wajah seseorang hanya dengan kerap melakukan secara konsisten solat sunat wuduk.Ya! hanya dengan melakukan solat sunat wuduk 2 rakaat.Senangkan!Cubalah praktikkan rahsia seri wajah dalam kehidupan seharian anda.Insya’ALLAH pasti berhasil.(Dengan Izin ALLAH).

Solat Sunat Wuduk adalah solat sunat dua rakaat yang didirikan selepas mengerjakan wuduk. Ia juga dikenali sebagai solat syukur wuduk.Solat Sunat Wuduk merupakan solat sunat sebanyak dua rakaat yang dilakukan setiap kali seseorang itu selesai mengambil wuduk. Tidak ada waktu yang ditetapkan, samaada pagi, petang, siang ataupun malam.Apa yang penting lakukan solat yang wajib terlebih dahulu sekiranya masa itu adalah masuknya waktu solat yang wajib dikerjakan.

Sembahyang sunat ini juga tergolong kepada sembahyang sunat muqayyad iaitu sembahyang yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Dengan itu Solat Sunat Wuduk boleh dilakukan walaupun dalam waktu terlarang untuk melakukan sembahyang sunat.

Solat ini berdasarkan hadith oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah.

“Rasulullah s.a.w bersabda kepada Bilal ketika solat Subuh : Wahai Bilal, ceritakan kepadaku dengan amalan paling baik engkau lakukan disisimu dalam Islam, Sesungguhnya aku mendengar bunyi hentakan seliparmu di hadapanku dalam Syurga. Jawab Bilal : Aku tidak melakukan sebarang amalan yang paling aku harapkan disisiku, aku tidak bersuci (berwuduk) pada satu-satu masa waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wuduk tersebut, dengan apa yang tidak diwajibkan bagiku untuk solat”

Seri Wajah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ingat ALLAH setiap MASA!

4 Responses so far.

  1. Mbah Grodhog says:

    Wajah yang berseri dapat mengundang simpatik, apalagi disertai senyum, sungguh memukau. Hal ini terdapat pada orang yang berjiwa tenang. Ketenangan jiwa diperoleh dari memperbanyak amal ibadah, mendekatkan diri kepada Allah.
    Informasi menarik, saya suka, Terima kasih, Salam untuk anda.

  2. ++harmacy++ says:

    wajah berseri bukan kerana kosmetik- kosmetik tapi sebaliknya amalan yg kita lakukan..


Ebook Motivasi Kebah

Kebahagiaan Kejayaan Dan Kekayaan Alhamdulliah dengan izin Allah,segala perancangan dan kemudahan ...

Kelebihan Surah Al-F

Kelebihan Surah Al-Fatehah Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, ...

Termakbulkah Doaku?

Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha ...

Kunci Kejayaan Minda

Kunci Kejayaan Minda Hari ini saya ingin berkongi dengan kamu cara ...

Keajaiban Solat Rawa

Solat Rawatib Solat Rawatib TerapiEnergi.com amat tertarik dengan perkongsian dari artikel yang ...

Berjiwa Dan Berfikir

Berjiwa Dan Berfikir Besar Perkataan yang berjiwa dan berfikir besar selalunya ...