Setakat ini, rata-rata semua amat berminat untuk berkecimpung dalam bisnes emas. Sebab semua orang tahu, siapa yang buat bisnes emas baik cepat atau lambat insyaAllah akan jadi kaya atau kalau tak kaya jadi senang.
Sebabnya, contoh hari ini kita beli emas dengan modal RM20,000 tetapi tidak laku atau tidak ada pun orang beli. 3 tahun kemudian, emas yang dulu kita beli bukan lagi harganya RM20,000 tetapi dah jadi RM40,000.
Cuba kalau buat bisnes kereta. Setiap tahun, harga kereta jatuh. 3 tahun tak ada orang beli kereta tu memang ceritanya rugi je sebab beza kereta dengan emas ialah kereta akan jadi besi buruk. Emas tetap boleh guna buat belanja atau aset.
Itulah kelebihan bila buat bisnes emas. Orang beli atau tak beli penjualnya tetap untung. Sampai kekadang tu rasa sayang pulak nak jual sebab tahu nilainya akan naik antara 24% – 32% setiap tahun.
Persoalannya sekarang bagaimana nak kumpul modal untuk beli emas atau menceburkan diri dalam bisnes emas. Sedar atau tak sedar, sewaktu anda sibuk beri alasan belum ada duit nak beli emas atau tengah nak kumpul duit beli emas, harga emas terus naik tidak menunggu anda.
Ramai yang saya jumpa dulu kata nak beli emas masa tu harganya baru RM13,000 bagi 100 gram. Sekarang harga dah jadi RM20,000 bagi 100 gram yang sama, jongkong atau ketul emas yang sama. Dah kena tambah RM7,000.
Walaubagaimanapun , keluar lebih RM7,000 tidak bermakna rugi sebab sebenarnya bila bayar RM20,000 tu bermakna nilai simpanan kita dah jadi RM20,000. tinggal tunggu masa untuk ia naik dan naik lagi. Sejarah emas , ia tidak pernah tak naik setiap tahun.
Skill bagaimana nak kumpul duit untuk sertai program emas dengan kami ni. Modal paling minima untuk menjadi Consultant Gold ialah dengan pembelian 50 gram yang harganya pada hari ini bersamaan RM215 /gram.
Dekat luar emasnya harga RM180/gram. Memang tak sama sebab di luar sana tidak ada income bulanan. Disini walaupun tinggi harganya dari luar tetapi bila selepas 3 bulan anda nak jual semula boleh dapat 100% dari nilai yang dibeli.
Contoh dulu beli RM15,000, nanti lepas 3 bulan jual semula dapat balik RM15,000. Malah bulan-bulan dah dapat duit hibah. Kalau emas di luar sana, bila anda nak jual semula kena tolak 20-30% dari harga pasaran. Silap-silap tak untung dan tak balik modal.
Jadi untuk melayakkan diri menjadi Consultant, modal 50 gram emas perlu disediakan. Modal lain seperti yuran keahlian persatuan jongkong emas dan yuran syarikat adalah RM690.
Bila cerita dengan orang modal 50gram + RM690 ada yang telan air liur. Come on, anda beli emas. Bukan beli sabun atau beli penapis air yang ada sanggup join sampai berpuluh ribu.
Bagi yang tak ada modal, mereka boleh ikhtiarkan dengan buat pinjaman peribadi dengan bank atau institusi kewangan. JANGAN sesekali pinjam dengan Ah Long. Ini kerana bila anda berurusan dengan Ahlong contoh pinjam RM5,000 nanti boleh jadi kena bayar balik RM100,000.
Anda boleh cari sendiri mana-mana Bank tempatan untuk buat personal Loan. Kalau tak boleh buat banyak, pinjam antara RM10,000 – RM20,000. Kalau boleh buat lebih sampai RM100,000 ke RM200,000 lagi bagus sebab boleh dapat setiap bulan hibah RM5,500. lepas untuk bayar loan tu.
Kalau anda memang tak boleh nak buat loan dengan bank, buat style belas ihsan. Cari keluarga terdekat untuk beli emas dengan anda. Tetapi emas yang dibelinya daftarkan atas nama anda seperti contoh keluarga atau saudara dekat anda nak beli 100 gram, daftarkan emas 100gram tu atas nama anda atas persetujuan beliau atau 50g nama anda 50 gram nama keluarga anda.
Syaratnya, emas dan duit hibah setiap bulan anda kena berikan kepada dia. Cuma guna nama sahaja.Mereka yang penting dapat pegang emasnya. Nama tak jadi masalah.
Bila dah boleh daftar sebagai consultant, mulakan perniagaan ini secara aggresive. Buat dalam masa 3 bulan boleh kumpul RM30,000 pendapatan setiap bulan.
Beli emas atas nama sendiri pula. Dan beli emas atas nama keluarga yang dah berikan kita pinjam. Nak hidup kena pandai. Tak ada orang yang boleh ubah kehidupan kita melainkan diri kita sendiri. Yang paling penting untuk berjaya ialah anda perlu jujur.
Andai kata tak ada orang yang sanggup pinjamkan modal atau beli emas dengan anda, maka anda terpaksa berkorbankan dengan melihat apa yang ada dalam rumah yang anda boleh jual. Sedikit demi sedikit boleh tambahkan simpanan.
Bukan jual kepada kami tetapi boleh jual sendiri gunakan mudah.my. Kalau dah jual tapi tak cukup pula, anda cari 10 orang kawan yang boleh sama-sama invest dalam perniagaan yang anda nak ceburi iaitu bisnes emas.
Dapat 10 orang untuk daftar jadi consultant dengan beli emas. Tak rugi pun sebab kalau tak jadi, esok lepas 3 bulan noleh pulang semula duit modal mereka. Apa susah, anda jual je emas tersebut dan dapat balik modal 100%.
Ini semua 100% workable dan berjaya. Mengapa saya berkata begitu ? Sebab saya dah gunakan semua skill ini. Saya masa mula-mula nak buat bisnes emas pun bukan saya ada modal. Semua yang buat bisnes pada peringkat awal adalah orang yang bermasalah dan cuba ikhtiar nak keluar dari masalah. ~ Good Luck









Salam..Bagaimana ye kalau nak mulakan bisnes emas nie?
Ada 3 cara :
1) Simpan Emas Fizikal – Selamat
2) Hibah / Simpan Emas – Selamat
3 ) Perlaburan – Risiko ( tp pulangan tinggi )
Apa yg penting dapatkan ILMU dulu.TQ